Friday, December 21, 2012

Shallom, Hi semua...sekian lama tidak ter'update blog ini akhirnya admin mengingati password dan usernamenya...owh...dari 2010 dan hampir 2012 berakhir inilah blog terbaru...apa pun teruskan sokongan kamurang kio...admin akan terus postkan lebih banyak update lepas ini... sekian.

Monday, November 9, 2009

Maklumat Program St Hillary Youth Camp

Shallom,

Program St Hillary Youth Camp @ SHYC yang sepatutunya diadakan pada 23-25 Okt 2009 kini ditunda ke tarikh 8-10 Januari 2010. Program ini adalah anjuran KBP St Hillary Timbang bersama RCYA IPS. Kami sangat mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini terutamanya warga paroki St Edmund dan chapel kota belud bersama-sama menjayakan program kami. Yuran hanya RM5 seorang dan menyediakan penginapan kepada mereka yang jauh. Dapatkan borang SHYC yang boleh dimuat turun melalui blog kami ini atau hubungi kami melalui email : beliasthillary@gmail.com dan kami akan hantarkan anda borang bersama aktiviti program tersebut. untuk mengesahkan program ini sila berhubung dengan pengerusi belia/SHYC kami Cik Ignatia Marlen Girek(013-8706334).

Sunday, November 8, 2009

Shallom dan selamat datang

Shallom,

Blog ini adalah hak milik St. Hillary Timbang, Kota Belud. Segala maklumat adalah hak milik kecuali dipetik dari sumber tertentu. Terima kasih kerana melawat laman web kami. Sekiranya terdapat kata-kata atau maklumat yang sama dalam blog ini dari sumber tertentu, kami memohon ampun dan maaf kepada pihak-pihak tersebut.

Semoga dengan seruan pope iaitu menyebarkan kasih Tuhan melalui bentuk digital tidak disalahertikan. Perbetulkan kami jika terdapat kesalahan.

Terima kasih,
Tuhan memberkati.

KBP st hillary.